Saturday, January 12, 2013

Mencari Asal Usul...Apa yang Kau Cari? Bahagian 2

Selain nama wacana yang berasaskan 'buah-buahan' ini, nama timangan pena saya juga saya pilih diinspirasikan oleh nama-nama karyawan 'tersohor' Barat pada tahun 2001-2002. Pada ketika itu, di Sekolah Teknik telah menular wabah penggemar irama 'kilang besi'. Saat itu, selain grunge dan hardcore-punk yang fenomena sarat adalah irama New Age Metal ataupun Alternative Metal. Saya ingat lagi ketika itu, kala diperkenalkan dengan album 'Issues' dari Kugiran KoRn dan album 'Primitive' oleh kugiran Soulfly, oleh seorang rakan dorm sebelah (Hafiz a.k.a E-K, nama beliau!) begitu asyik melayannya. Dengan irama keras  logam yang di beri sentuhan unik begitu menyentuh jiwa rebel anak muda ini...ha.ha.ha. Lantas, cenderung untuk mengagumi pemuka kepada kedua-dua kugiran tersebut. Jonathan Davis dari KoRn dan Max Cavalera dari Soulfly...ha.ha.ha.ha..jadi jika di kombinasi kan nama awalan mereka maka terhasil-lah apa yang diukir sebagai JOE MAX...

Saat menulis ini, saya telah mencari kembali album-album tersebut kini dalam bentuk mp3, untuk dikenang dengar semula, sama seperti seorang pemuda yang mencari-cari kembali sejarah KMM, PKMM, PEKEMBAR, HAMIM, untuk mengetahui dendangan perjuangan dan permainan siyasah datuk neneknya yang makin dilupa rakyat kini...YEAH! 

Tuesday, January 8, 2013

Mencari Asal Usul...Apa yang Kau Cari?

Selepas kembali aktif menulis 2-3 minit tadi, tergerak saya lagi untuk menulis satu lagi entri. Jika entri ini berjaya maka dari segi rekod, ianya menyamai dengan keseluruhan jumlah entri yang ada pada tahun lepas, 2012 iaitu sebanyak dua entri =). Situasi, jam 11:29 pagi, bilik gelap pasal tak pasang lampu, tarikh 9 Januari  2013, mata rabak pasal tidur baru 15 minit, dari pukul sembilan malam semalam, sebab mencari-cari sesuatu yang tak pasti di internet hari ini. Entri kali ini, berkenaan dengan nama url dan blog ini, iaitu yellow & orange fanzine atau newsletter. Ianya balik kembali pada tahun 2001-2002, di kala itu saya ada bergiat secara separa aktif dalam suasana gerakan independen anak muda-mudi, underground scene yang pada ketika itu mengandungi pelbagai rencah aneka musika dari : punkrock, death metal, thrash, hardcore punk, grunge, skin oi!, hehehe.. dan lain-lain. dalam pergerakan anak muda mudi ini salah satu wadah informasi adalah melalui fanzine dan newsletter.

Fanzine merujuk kepada suatu makalah yang agak tebal umpama majalah, untuk para penggemar  irama 'bawah tanah' ini, maka sebab itu digelar fan(peminat-penggemar) zine(mungkin singkatan magazine), sekurang-kurangnya, itu kefahaman saya. Seyogia, sebagai salah seorang penggemar saya telah memilih untuk menghasilkan sebuah fanzine ketika itu yang di beri judul yellow & orange, yang asal usulnya saya sendiri telah kaburkan dan sembunyikan seumpama Dr Burhanuddin al-Helmi di'hilang'kan secara perlahan-lahan dari buku sejarah...he.he.he...tapi mungkin, saya fikir mungkin, saya terpengaruh dengan sebuah fanzine dari USA yang berasaskan DIY Hardcore Punk berjudul 'slug & lettuce'. Walhal fanzine saya  pada ketika itu tepu (cheewah!) dengan orientasi grunge. Maka, saya telah memilih fanzine itu sebagai wadah komunikasi dengan kelompok muda-mudi ini. Namun, hangat-hangat begitu saja laa...saya sendiri tidak berapa ingat sampai ke isu berapa fanzine saya di hasilkan. ketika itu, senaskah fanzine biasanya dijual, kadar biasa masa itu ialah RM2 senaskah. Ini berbeza dengan newsletter, yang kebanyakkannya dan kebiasaannya percuma. Newsletter ialah lagi satu bentuk medium menyalur informasi dan komunikasi yang ada di underground scene dan ianya lebih nipis malah selalunya sehelai A4 sahaja. Oke, berkenaan apa itu fanzine dan newsletter telah usai diterangkan.

Maka, kita kembali kepada sejarah yang dikaburkan, berkenaan yellow & orange, sejarahnya telah dipinda oleh saya dari versi awal. Ianya suatu bentuk indoktrinasi dan brainwash untuk para pembaca di luar sana maklum ianya berasal dari lemon dan orange. Buah-buahan yang manis-manis masam...ha.ha.ha. Lemon sedap dibubuh dalam teh o ais, manakala oren buah yang sedap dimakan lepas makan nasi minyak kenduri kahwin. Walaupun saya lebih cenderung kepada nikotin dan kafein, sebenarnya... ha ha ha...

Maka, semasa awal kewujudan blog ini saya telah menamainya dengan nama wadah medium komunikasi yang terdahulu seperti orang kata, mengambil angin semangat perjuangan silam, seumpama kita, yang tidak boleh lari dari kenyataan-kenyataan sejarah silam yang mengajar dan membentuk kita yang sekarang.
sekian. YEAH!!!

Tahun 2013...dan masih mahu lagi menulis (?)

Salam Hormat kepada semua pembaca yang terserempak, terpijak, terjumpa blog ini.

Yeah, selepas sembilan hari selepas tahun baru, 2013, setiap dari kita pasti memasuki tahun baru ini dengan penuh harapan dan azam yang baru, yeah juga kerana ayat tersebut adalah suatu cliche', untuk itu saya masih tidak mempunyai idea yang berapa kreatif untuk menyentuh perihal tahun baru. Kerana masakini masa berlalu terlalu cepat dan pantas, sehingga kita terlupa nama anak kepada rakan sepermainan kita. We are so busy until sometimes we forget our village...sic. Saya masih cuba dan cuba lagi untuk menulis sesuatu sebagai  rakaman pengalaman untuk masa hadapan....hurrrmm...dari mana harus kita bermula, bagaimana harus saya meluahkan perasaan sedangkan pada hakikinya di alam nyata saya sendiri agak perahsia, ha ha ha...ironi, yeah sekali lagi..ironi...maksudnya, sudah tiga kali yeah untuk entri kali ini tanpa sesuatu yang bermutu berjaya di keluarkan... apa pun ianya akan tetap di post ke dunia maya sebagai benchmark, betapa pada tahun ini saya sudah berjaya post satu entri...YEAH!!!